PERINGAT
Catatan 1950an
Ketika kanak-kanak
Suka bermain hujan
Di musim Barat
Di laman rumahku
Desa Peringat
Tanpa baju dan seluar
Berlari bolak balik
Mengiggil kesejukan
Mendakap kegembiraan
Meski 50 tahun berlalu
Daya ingatan masih utuh
Peristiwa silam
Seperti baru semalam berlaku
Segar dalam ingatan
Untuk dilakar semula
Buat tatapan generasi
kini
Di atas tembok kota
kini aku berdiri
Melihat masa silam yang damai
Meskipun waktu itu zaman kepayahan
Tapi warganya tak mengeluh
Cukup apa yang ada
Redho dengan pemberian-Nya
Ketika itu
Di desaku Peringat
Tiada warga bersembang politik
Tiada cerca mencerca
Tiada maki hamun
Tiada ceramah parti
Tak kenal apa itu wakil rakyat
Istilah subsidi belum
dicipta
Bantaun BR1M belum terfikir
One Off untuk pelajar jauh sekali
Namun kehidupan warga
Harmoni dan sekata
Tak ada shoping compleks
Tak ada KB Mall
Tak ada plaza Billion
Seperti di Kota Bharu itu
Untuk tempat istirahat
menjamu mata anak-anak muda
Tapi hati puas dan seronok
Seperti sebuah mimpi
Saban hari ketika sore
Selepas musim menuai
Pak Tani membakar jerami padi
Aku bermain di relong sawah kering
Wau yang beranika jenis dan warna
Berlengang lenggok di angkasa presis penari istana
Bermain angin musim panas
Dengan busur yang mengaum
Memecah kesunyian desaku yang permai
Aku gembira dengan hiburan itu
Sawah terbentang luas
Padi menguning emas
Wajah pak tani berseri-seri
Senyumnya puas
Rezeki di depan mata
Walaupun setahun sekali
Tapi mereka bersyukur
Cuma sesekali datang juga resah
Tidur malam mimpikan padi di sawah
Istirahatnya sering terganggu
Seribu kebimbangan melanda perasaan
Makhluk perosak menjadi ancaman
Suatu pagi di serambi rumah
Aku dengar bicara ayah dan ibuku
“Som, mulai besok
abang mahu ke sawah
Setiap hari pagi dan petang
Sehingga musim menuai tiba”
“Untuk apa abang ke sana?
Biarlah padi itu membesar
dan masak ranum sendiri
abang istirahat saja di rumah
jaga kesihatan
menuai nanti kita akan berkeringat lagi”
kata ibuku
“Tikus padi bermaharajalela
Memakan padi kita
Rezeki nanti berkurang
Kita harus bertindak
Tikus-tikus itu mesti kita musnahkan
Jangan tinggal keturunan
Ia makhluk zalim
Menyentap rezeki kita”
Jawab ayahku.
Ibuku menjawab lembut
Sesuai dengan sifatnya
Seorang muslimah yang bertakwa
Meski ngajinya tidak tinggi
Tak tahu membaca dan menulis
Tapi bacaan al-Quran lancar
Di malam syahdu
Terdengan sayup-sayup bacaannya
berserta zikir dan
munajat
“Benar padi itu adalah rezeki kita
Tapi rezeki mereka juga
Alangkah baiknya
Kita berbahagi rezeki karunian Allah
Sesama mahkluk”
Catatan II
Pohon durian tinggi
melangit
Pokok seta lebat
daunya
Pokok rambai di pinggir jalan
Masih ku ingat satu persatu
Di desa kelahiranku
Di depan rumah MaksuYam
Pohon rambai sepemeluk orang dewasa
Buahnya manis leting
Menjadi rebutan kanak-kanak
Bila makan telan dengan biji
Masuk tandas berjam-jam
Bawa penyungkil
ranting kayu
Pohon sekiat di tepi rumah
Pohon keriang di
tengah baroh
Pohon kekut walaupun hitam
sedap rasanya
mahu makan gentel dulu
Itulah makanan sampingan di zaman itu
Sebelum magi mee, keropok udang dan chewgum
Jalan Kubang Gatal ke rumahku
Belum dibubuh kerikil
Aspal jauh langit dengan bumi
Musim kemarau debu berterbangan
Musim tengkujuh boleh tanam padi
Tapi warga tetap bersabar
Mengeluh jauh sekali
Tok Wan Po, Pakcu Dir,
Paksu Kob
Pak Ngah, Pak Da Daud,
Tok Ayah Amat, Tok Wan Hussain
Tak ketinggalan ayahku sendiri
Haji Ismail bin Awanag bin Saleh bin Damik
Orang panggil Tok Ayah Wil
Asal Pattani
Masyhur dikenali ramai
Semuanya sudah almarhum
Meninggalkan jasa besar
Yang tak didendang
Paling sohor Tok Wan
Po
Tokoh disegani
Tempat warga merujuk masalah
Rumahnya depan Masjid
Peringat
Masih kekal seperti asal
Tempat bertedung ciciknya Bakar
Nama anaknya Pak Da Abas
Menjadi imam masjid Peringat
semasa hayatnya
Disegani ramai seperti aruah bapanya
Dah lama meninggalkan kita
Kembali menemui Rabbnya
Anak Pak Da Abas nombor dua
Dr Haji Wan Abdulrahman Wan Abas
Sekelas denganku di sekolah Peringat
Buat Phd di Amerika
Aku setakat menengah
Sekolah Peringat dulu sekolah rakyat
Bertap rumbia berdinding buluh
Lantainya tanah bukan simen
Musim tengkujuh berselut sakan
Murid-murid berkaki ayam
Cikgu berkasut getah separas lutut
Tapi tak berungut
Cikgu Semail, Cigu Hamid, Cikgu Razak,
Cikgu Hashim, Cikgu Shaari, Cikgu Awang
Datang ke sekolah berjalan kaki
Yang rajin menabung beli basikal
Kemudian motosikal
Gaji mereka tak seberapa
Tapi setia pada karjaya
Ponteng tidak sekali
Mana menteri pelajaran?
Mana wakil rakyat?
Kenapa biarkan warga kampung menderita?
Bangunankanlah kami sekolah batu?
Rakyat tak bersuara
Tak meminta mendesak
Kerana rakyat tahu
Kerajaan ketika itu tak punya wang
Baru setahun merdeka
Dan pemimpin pula beramanah
Tak korupsi, kroni seperti sekarang
Abang Lah, Abang Sid rumah tepi baroh
Anak dan menantu Tok Ayah Amat
Bokhari putera abang Lah
Tinggal di Kuantan
Minat politik sungguh
Tapi mengkritik di facebook
Abang Sin sepupuku
Nama sebenar Hussain Mahmood
Tinggal di Pendek pindah ke Wakaf Baru
Benar-benar orang politik
Pernah dilantik speaker DUN Kelantan
Di era UMNO Mohamad Yakub
Itulah satu-satu keluargaku
Berjaya dalam politik
Sudah lama gemulah
Abang Tif bekas askar Melayu
Sepupuku dan rakan kira
bicara
Mencari rezeki ke
Pahang
bersama keluarga
Meninggal tak sempat ku jengok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan