Jumaat, 6 Julai 2012

PERINGAT

Belia dan beliawanis Kampung Peringat bergambar bersama Penggawa Daerah Melor / Peringat, Haji Wan Ismail (Bersongkok no 7 dari kanan- Almarhum) sewaktu perjumpaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Peringat tanggal 21 Januari 1967

PERINGAT
Catatan  1950an

Ketika   kanak-kanak
Suka bermain hujan
Di musim Barat
Di laman rumahku
Desa Peringat
 Tanpa baju dan seluar
Berlari bolak balik
Mengiggil kesejukan
Mendakap kegembiraan

Meski 50 tahun berlalu
Daya ingatan masih  utuh
Peristiwa  silam
Seperti baru semalam berlaku
Segar dalam ingatan
Untuk dilakar semula
Buat  tatapan generasi kini

Di atas tembok  kota kini aku berdiri
Melihat masa silam yang damai
Meskipun  waktu itu zaman kepayahan 
Tapi  warganya tak mengeluh
Cukup apa yang ada
Redho dengan pemberian-Nya

Ketika itu
Di desaku Peringat
Tiada warga bersembang   politik
Tiada  cerca mencerca
Tiada maki hamun
Tiada   ceramah parti
Tak kenal apa itu wakil rakyat
Istilah subsidi  belum dicipta
Bantaun BR1M belum terfikir
One Off untuk pelajar jauh sekali
Namun  kehidupan warga
Harmoni dan sekata

Tak ada shoping compleks
Tak ada KB Mall
Tak ada plaza Billion
Seperti di Kota Bharu itu
Untuk tempat  istirahat
menjamu mata anak-anak muda
Tapi hati puas dan seronok
Seperti sebuah mimpi

Saban hari ketika  sore
Selepas musim menuai
Pak Tani  membakar jerami padi
Aku bermain di relong sawah kering
Wau yang beranika jenis dan warna
Berlengang lenggok di angkasa  presis penari istana
Bermain  angin  musim panas
Dengan busur yang mengaum
Memecah kesunyian desaku yang permai
Aku gembira dengan hiburan itu

Sawah terbentang luas
Padi  menguning emas
Wajah pak tani berseri-seri
Senyumnya puas
Rezeki  di depan mata
Walaupun setahun sekali
Tapi mereka bersyukur

Cuma sesekali datang juga resah  
Tidur malam mimpikan  padi di sawah
Istirahatnya sering terganggu  
Seribu kebimbangan melanda perasaan
Makhluk perosak menjadi ancaman

Suatu pagi di serambi rumah
Aku dengar bicara ayah dan ibuku
“Som, mulai besok
 abang mahu ke sawah
Setiap hari pagi dan  petang
Sehingga musim menuai tiba”

“Untuk apa abang ke sana?
Biarlah padi itu membesar
dan masak ranum  sendiri
abang istirahat saja di rumah
jaga kesihatan
menuai nanti kita akan berkeringat lagi”
kata ibuku

“Tikus padi bermaharajalela
Memakan padi kita
Rezeki  nanti  berkurang
Kita harus bertindak
Tikus-tikus itu mesti kita musnahkan
Jangan tinggal keturunan
Ia makhluk zalim
Menyentap rezeki kita”
Jawab ayahku.

Ibuku  menjawab lembut
Sesuai dengan sifatnya
Seorang muslimah yang bertakwa
Meski ngajinya tidak tinggi
Tak tahu membaca dan menulis
Tapi bacaan al-Quran lancar
Di malam syahdu
Terdengan sayup-sayup bacaannya  
berserta  zikir dan munajat

“Benar padi itu adalah rezeki kita
Tapi rezeki mereka  juga
Alangkah baiknya
Kita berbahagi rezeki karunian Allah
Sesama mahkluk”






Catatan II

Pohon durian  tinggi melangit
Pokok seta  lebat daunya
Pokok rambai di pinggir jalan
Masih ku ingat satu persatu
Di desa kelahiranku

Di depan rumah MaksuYam
Pohon  rambai  sepemeluk orang dewasa
Buahnya manis leting
Menjadi rebutan kanak-kanak
Bila makan telan dengan biji
Masuk tandas berjam-jam
Bawa penyungkil  ranting kayu

Pohon sekiat di tepi rumah
Pohon keriang  di tengah baroh
Pohon kekut walaupun hitam  sedap rasanya
mahu makan gentel dulu
Itulah makanan sampingan di zaman itu
Sebelum magi mee, keropok udang dan chewgum

Jalan Kubang Gatal ke rumahku
Belum dibubuh kerikil
Aspal jauh langit dengan bumi
Musim kemarau debu berterbangan
Musim tengkujuh boleh tanam  padi
Tapi warga tetap bersabar
Mengeluh jauh sekali

Tok Wan Po, Pakcu Dir, Paksu Kob
Pak Ngah, Pak Da Daud,
Tok Ayah Amat, Tok Wan Hussain
Tak ketinggalan ayahku sendiri
Haji Ismail bin Awanag bin Saleh bin Damik
Orang panggil Tok Ayah Wil
Asal   Pattani
Masyhur dikenali ramai
Semuanya sudah  almarhum
Meninggalkan jasa besar
Yang  tak didendang

Paling sohor  Tok Wan Po
Tokoh disegani
Tempat warga merujuk masalah
Rumahnya  depan Masjid Peringat
Masih kekal seperti asal
Tempat bertedung ciciknya Bakar

Nama anaknya Pak Da Abas 
 Menjadi imam masjid Peringat semasa hayatnya
Disegani ramai seperti aruah bapanya
Dah lama meninggalkan kita
Kembali menemui Rabbnya

Anak Pak Da Abas nombor dua
Dr Haji Wan Abdulrahman Wan Abas
Sekelas denganku di sekolah Peringat
Buat Phd di Amerika
Aku setakat menengah

Sekolah Peringat dulu sekolah rakyat
Bertap rumbia berdinding buluh
Lantainya tanah bukan simen
Musim tengkujuh berselut sakan
Murid-murid berkaki ayam
Cikgu berkasut getah separas lutut
Tapi tak berungut

Cikgu Semail, Cigu Hamid, Cikgu Razak,
Cikgu Hashim, Cikgu Shaari, Cikgu Awang
Datang ke sekolah berjalan kaki
Yang rajin  menabung  beli   basikal
Kemudian motosikal
Gaji mereka  tak seberapa
Tapi setia pada karjaya
Ponteng tidak sekali

Mana menteri pelajaran?
Mana wakil rakyat?
Kenapa biarkan warga kampung  menderita?
Bangunankanlah kami  sekolah batu?

Rakyat tak bersuara
Tak meminta mendesak
Kerana rakyat tahu
Kerajaan ketika itu tak punya wang
Baru setahun merdeka
Dan pemimpin pula beramanah
Tak korupsi, kroni seperti sekarang

Abang Lah, Abang Sid rumah tepi baroh
Anak dan menantu Tok Ayah Amat
Bokhari putera abang Lah
Tinggal di Kuantan
Minat politik sungguh
Tapi  mengkritik  di facebook

Abang Sin sepupuku
Nama sebenar Hussain Mahmood
Tinggal di Pendek pindah ke  Wakaf Baru
Benar-benar orang politik
Pernah dilantik  speaker DUN Kelantan
Di era UMNO Mohamad Yakub
Itulah satu-satu keluargaku
Berjaya dalam politik
Sudah  lama gemulah

Abang Tif bekas askar Melayu
Sepupuku dan  rakan kira bicara
Mencari rezeki   ke Pahang
bersama keluarga
Meninggal tak sempat ku jengok